Tempat Dilarang Merokok

Tempat Dilarang Merokok

Kawasan rehat dan rawat (R&R) dan hentian sebelah merupakan kawasan yang menjadi persinggahan pengguna lebuhraya yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur masyarakat samada golongan tua, muda atau kanak-kanak untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan di lebuhraya-lebuhraya seluruh Malaysia. Sehubungan itu, tujuan utama menjadikan kawasan R&R dan hentian sebelah sebagai tempat dilarang merokok adalah bagi melindungi golongan majoriti bukan perokok daripada bahaya asap rokok.

Kementerian Kesihatan Malaysia sedang berusaha untuk mengurangkan bilangan perokok di Malaysia serta menggalakkan perokok untuk berhenti merokok. Sehubungan itu, usaha memperbanyakkan kawasan larangan merokok merupakan salah satu langkah yang dilakukan bagi membudayakan amalan tidak merokok di kalangan masyarakat serta mengwujudkan persepsi bahawa perbuatan merokok adalah sesuatu perbuatan yang tidak normal (denormalized the smoking habit).

Kawasan-kawasan di R&R dan hentian sebelah yang tersenarai sebagai tempat dilarang merokok adalah seperti berikut:

i. Semua bangunan berbumbung
ii. Tempat makan
iii. Taman permainan kanak-kanak
iv. Surau
v. Tandas
vi. Gerai jualan
vii. Taman landskap

Walaubagaimanapun, golongan perokok dibenarkan merokok di kawasan terbuka dan jauh daripada tumpuan orang awam di R&R dan hentian sebelah sebagai contohnya kawasan parkir kereta yang tidak berbumbung atau mana-mana kawasan yang telah ditetapkan sebagai sudut merokok oleh pihak pengurusan R&R dan hentian sebelah.

.

This entry was posted in Informasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s