Contoh Menukarkan Ayat Aktif Kepada Ayat Pasif
Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif.
- Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya.
Ayat pasif : Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang ditebang oleh bapa saudara saya. - Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya.
Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi oleh guru disiplin yang garang tersebut. - Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit tersebut.
Ayat pasif : Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doctor yang berkaca mata tebal itu. - Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.
Ayat pasif : Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis. - Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik.
Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik itu belum awak jelaskan.
LATIHAN:
Tukarkan ayat-ayat aktif yang diberi di bawah kepada ayat-ayat pasif.
- Encik Tan sedang menjalankan perniagaan memperbaiki motosikal di Bandar Melaka.
- Kucing jantan berbulu lebat itu menangkap seekor tikus yang sangat besar.
- Lebuh Raya Utara selatan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
- Pelumba kereta Formula 1 dari Amerika Syarikat itu memenangi kejuaraan tersebut pada pagi tadi.
- Pelatih jururawat di hospital itu menggunakan sarung tangan plastik ketika bertugas.
- Saya akan mengharungi segala cabaran itu walaupun amat berat untuk dipikul.
- Kalian patut menyeberangi jalan raya menuju ke sungai itu pada sebelah petang nanti.
- Beta akan memperkenankan segala permintaan kamu jika kamu berkata benar.
- Kami akan membincangkan usul mesyuarat ini dalam perjumpaan kita pada masa depan.
- Jangan mengulangi kesalahan-kesalahan itu lagi pada masa yang akan datang.
- Kucing itu mengejar seekor tikus sehingga ke hujung jalan raya tersebut.
- Peguam berjanggut panjang tersebut mewakili pesalah itu dalam perbicaraan di mahkamah.
- Ibu melayani tetamu yang hadir di rumah kami dengan hidangan yang dibuatnya sendiri.
- Ayah menunjukkan baju yang baru dibelinya itu kepada emak yang sedang membaca buku.
- Jiran saya sedang mengisi sampah-sarap ke dalam plastik untuk dibuang.