Contoh Menukarkan Ayat Pasif Kepada Ayat Aktif
Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat aktif.
- Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Brazil tersebut.
Ayat aktif : Pemain Brazil tersebut menendang bola itu dengan kuat. - Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar.
Ayat aktif : Pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar itu mempermainkan perasaan gadis tersebut. - Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan lalu.
Ayat aktif : Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu pada awal bulan lalu. - Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang diperjelaskan oleh pegawai dari Amanah Saham Nasional.
Ayat aktif : Pegawai dari Amanah Saham Nasional itu sedang memperjelaskan maklumat tentang pelaburan saham tersebut. - Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja di bahagian pemprosesan.
Ayat aktif : Para pekerja di bahagian pemprosesan telah memasukkan getah yang telah diproses itu ke dalam bekas plastik.LATIHAN :
Tukarkan ayat-ayat pasif di bawah supaya menjadi ayat aktif. - Wang sebanyak RM7 bilion telah diperuntukan oleh kerajaan bagi merangsang ekonomi negara yang sedang menghadapi kemelut ekonomi.
- Hadiah menyertai pertandingan drama itu telah diberi oleh sebuah syarikat tempatan bagi menarik penyertaan orang ramai.
- Bahagian dapur rumah tumpangan itu sedang diperluas oleh pekerja kontraktor bagi memudahkan keluarga yang menetap di situ.
- Cek bernilai RM350 yang saya beri pagi tadi telah kamu tunaikan di sebuah bank saudagar di Kuala Lumpur.
- Pendidikan teknologi maklumat telah diperkenalkan oleh kerajaan di semua sekolah bagi semua mata pelajaran teras.
- Jambatan Kedua Pulau Pinang yang baru siap pada bulan Disember itu telah beta rasmikan pada akhir bulan itu.
- Doanya agar dia berjaya dalam peperiksaan SPM telah diperkenankan oleh Tuhan apabila dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan itu.
- Adat pepatih telah diperkenalkan di negara kita oleh masyarakat Minangkabau yang berasal dari Sumatera, Indonesia pada sekitar tahun 1520’an.
- Para pelanggan yang berkunjung ke pusat membeli belah itu telah ditawarkan harga diskaun sehingga 50 peratus oleh pemilik pusat terbabit.
- Penyertaan golongan bumiputera dalam sektor perkilangan akan diperluas oleh pihak kerajaan bagi memacu pendapatan golongan tersebut.
- Kakitangan awam diberi ganjaran oleh kerajaan bagi meningkatkan prestasi kerja mereka pada setiap akhir tahun.
- Kebun di kawasan pinggir pantai itu dipenuhi dengan pokok nipah dan belukar kecil sejak ditinggalkan oleh pemiliknya.
- Kakak menghadiahi ibu sepasang anting-anting dan seutas rantai emas sempena ulang tahun kelahirannya.
- Kawasan kampung di pedalaman sabah telah dijelajahi oleh peserta lumba basikal itu dalam pertandingan Jelajah basikal di negeri tersebut.
- Mat Piah ditanduk oleh seekor kerbau yang sedang mengamuk berhampiran dengan sawah padinya pada petang kelmarin.