Contoh Ayat bagi Perkataan Hampir Sama Bunyi

Contoh Ayat bagi Perkataan Hampir Sama Bunyi : 

  1. menyumpah – Peter menyumpah pelajar yang suka berludah di atas lantai itu.
    ……menyampah – Cikgu menyampah melihat pelajar yang suka berbual di dalam kelas.

    2. rencam – Dia melakukan tugas-tugas rencam di pejabat pada setiap hari.
    ……rencah – Suka duka merupakan rencah kehidupan manusia di muka bumi ini.

    3. diharap – Santoshlah yang diharap mewakili sekolah dalam acara badminton.
    ……digarap – Puisi itu digarap dengan penuh teliti dan kreatif.

    4. laksana – Mukanya berseri-seri laksana bunga mawar yang sedang berkembang.
    ……laksamana – Hang Tuah menjadi laksamana semasa pemerintahan Sultan Muzaffar.

    5. sering – Peter sering ponteng sekolah kerana berkunjung ke kafe siber.
    ……seiring – Tong Mang Kok berlari seiring dengan pelumba dari Johor itu.

    6. menghidap – Yow Weng Fei menghidap selesema H1N1 sejak minggu lepas.
    ……menghadap – Dia menghadap ke tingkap sambil memerhatikan burung berkicau.

    7. secocok – Pasangan pengantin baru itu sungguh secocok.
    ……secucuk – Santosh makan secucuk sate yang dibelinya di kedai Pak Mat.

    8. sasaran – Tendangan penalti pemain Mancister itu menepati sasaran.
    ……sesaran – Proses mampatan akan menghasilkan sesaran pada lapisan bumi.

    9. tergolong – Malaysia tergolong dalam kumpulan negara sedang membangun.
    ……tergulung – Semasa saya tiba, tikar getah itu masih tergulung dengan rapi.

    10. sepadan – Pasangan kekasih di atas kerusi itu amat sepadan.
    ……sempadan – Sungai Muar menjadi sempadan di antara Johor dengan Melaka.

This entry was posted in Tatabahasa. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s