Cuti Peristiwa : Penerangan dan Definisi

Cuti Peristiwa : Penerangan dan Definisi

Merujuk kepada Peraturan-peraturan Pendidikan (penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998, telah dinyatakan berhubung hari persekolahan dan cuti peristiwa. Merujuk Peraturan 3 dinyatakan bahawa “cuti peristiwa” ialah hari yang tiada pendidikan dijalankan disebabkan oleh apa-apa perayaan atau majlis rasmi sekolah.

Peraturan 6 menyatakan bahawa hari sekolah bagi mana-mana satu tahun hendaklah tidak kurang daripada 190 hari.

Berkaitan cuti peristiwa, Peraturan 7 menyatakan seperti berikut:

(1) Guru Besar atau Pengetua dengan kelulusan Pendaftar, boleh memilih hari tertentu sebagai cuti peristiwa yang hendaklah tidak melebihi 4 hari bagi mana-mana satu tahun.

(2) Cuti peristiwa ini tidak boleh diambil bagi maksud melanjutkan cuti penggal sekolah.

Hari sukan, hari penyampaian hadiah, hari perayaan (aidiladha dan lain-lain) dan kegiatan gotong-royong yang melibatkan satu hari persekolahan boleh dikelaskan sebagai cuti peristiwa.

Seperti takrifan “cuti peristiwa”, ia adalah hari di mana tiada pendidikan dijalankan disebabkan oleh apa-apa perayaan atau majlis rasmi sekolah.

Sila Klik :

.

This entry was posted in Informasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s