Sinopsis Bab 3 (Novel Tingkatan 5) 

Novel Silir Diksina : Sinopsis Bab 3 (Komsas Tingkatan 5) 

Sinopsis Bab 3 : 

1. Cikgu Amirulnizam (Abdullah Kayan) berada di balai raya untuk belajar dan menyaksikan rakan-rakan dan anak muda sedang belajar dan berlatih menari zapin. Dia tertarik hati dengan anak Tauke Lim (Tauke Ong) , Ai Ling (Ong See Hwa) yang turut serta dalam aktiviti itu.  Setelah selesai berlatih, Amirulnizam berbual-bual dengan Tauke Lim. Anak Tauke Lim itu mengingatkannya kepada Aiman (Haiqal).  Semasa di rumah, Amirulnizam berehat sambil memandang rumah Tauke Lim. Amirulnizam teringat peristiwa sewaktu Tauke Lim mula-mula datang ke kampungnya.  Asalnya dia seorang yang susah dan datang berjumpa dengan arwah ayahnya untuk mengambil upah menoreh kebun getah milik ayah yang terbiar selama ini.  Sejak hari itu hubungan ayah dan Tauke Lim bertambah baik.  Dia seorang yang rajin sehingga mampu mengumpul duit untuk membeli tanah kebun ayah.  sudah 18 tahun dia menetap di kampung itu dan amat disenangi oleh penduduk kampung.  Semasa arwah ayahnya masih hidup, dia menganggap anak Tauke Lim iaitu Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya.

Pada suatu pagi Tauke Lim meminta Amirulnizam untuk menumpangkan anaknya ke sekolah kerana bateri keretanya tidak berfungsi.  Amirulnizam mencadangkan Ai Ling menumpang dia sahaja ke sekolah setiap hari.  Semasa di sekolah, Amirulnizam diberitahu cikgu Latifah yang Ai Ling seperti berminat dengan kelas Pendidikan Islam.  Dia rasa dia mungkin ada peluang untuk rapat dengan Ai Ling.

2. Setelah membantu Tauke Lim menggantikan bateri kereta, Amirulnizam dipelawa oleh Tauke Lim ke pekan untuk belanjanya minum. Semasa berbual-bual, Tauke Lim menyatakan persetujuannya untuk membenarkan Ai Ling menumpangnya ke sekolah setiap hari.  Amirul berterus-terang dengan Tauke Lim yang dia kesunyian semenjak ayahnya meninggal dunia dan dia terpisah dengan anaknya Aiman.

3. Setelah selesai latihan zapin, Pak Haji Salam iaitu Ketua Kumpulan Zapin Purnama meminta Amirulnizam  dan beberapa orang untuk berkumpul.  Dia menjelaskan bahawa YB Samsuri akan datang ke kampung itu dua minggu lagi dan pegawai Yayasan Wawasan Negeri juga ingin datang kerana hendak mengkaji dan mempelajari rentak zapin jincat.  Amirul diminta untuk menyiapkan atur cara persembahan nanti agar ramai yang hadir.  Tauke Lim pula berjanji untuk menanggung kos jamuan untuk tetamu nanti.  Abang Bakir mencadangkan agar majlis itu diselitkan dengan acara deklamasi puisi  dan Amirulnizam dapat memilih peserta melalui murid sekolahnya.  Amirulnizam teringat kembali zaman kegemilangannya dalam bidang tersebut.

4. Amirul berasa gembira kerana Ai Ling merupakan salah seorang peserta yang menyertai pertandingan deklamasi puisi yang dirancangnya di sekolah. Ai Ling meminta agar Amirulnizam mengajarnya cara mendeklamasikan sajak. Amirulnizam bersetuju dan setelah berjanji, petang itu Ai Ling ditemani Ai Ching datang ke rumahnya. Ai Ling memberitahu bahawa ibu bapanya membenarkannya  mendeklamasikan sajak di rumah Amirulnizam. Amirulnizam mengajak Ai Ling dengan bersungguh-sungguh sehinggakan dia dapat mendeklamasikan sajak dengan baik. Setelah Ai Ling dan Ai Ching pulang, tiba-tiba sahaja Amirulnizam teringatkan Aiman.

5. Kemenangan Ai Ling dalam pertandingan deklamasi puisi murid-murid tahap satu telah menjadi perbualan ramai. Tauke Lim sangat gembira. Dia mengucapkan terima kasih kepada Amirunizam kerana mengajar anaknya sehingga menang. Tauke Lim, Abang Bakir, dan Roslan meminta supaya Amirulnizam aktif semula dalam bidang penulisan sajak dan cerpen. Sebenarnya, sejak perpisahannya dengan isteri dan anaknya, dia telah membuat keputusan untuk berhenti berkarya kerana kehilangan semangat. Kehadiran Ai Ling mempengaruhi hidupnya. Ai Ling seolah-olah pengganti kepada anaknya, Aiman sebagai tempat mencurahkan kasih sayang.

6. Kehadiran YB Samsuri dan beberapa pegawai Yayasan Warisan disambut meriah. Ramai orang kampung yang datang memenuhi majlis tersebut. Semasa Ai Ling membuat persembahan deklamasi sajak, Amirulnizam terbayang-bayang Ai Ling dan Aiman berada di pentas itu. Lamunannya dikejutkan oleh tepukan gemuruh orang ramai setelah persembahan selesai. Selepas itu, pelbagai persembahan lain yang dipersembahkan. Majlis malam itu diakhiri dengan persembahan lagu Gholiyabu yang dinyanyikan beramai-ramai oleh penduduk kampung. Sebelum pulang, YB Samsuri berjumpa dengan Amirulnizam secara peribadi dan mengucapkan tahniah kepadanya.  Beliau berharap agar Amirulnizam dapat mengembangkan sastera dan bahasa  di kampung itu dan menjadikan Kampung Seri Purnama sebagai perkampungan sastera.

7. Ai Ling sudah berusia dua belas tahun dan Amirulnizam menganggapnya seperti anaknya sendiri.  Kesihatan yang kurang memuaskan telah membataskan aktivitinya.  Suatu petang Amirulnizam membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur.  Amirulnizam berbual-bual dengan Ai Ling.  Ai Ling bertanya tentang anak Amirulnizam iaitu Aiman.  Amirulnizam memberitahu bahawa Aiman berada di Terengganu dan seusia dengan Ai Ling.  Ai Ling teringin untuk berjumpa dengan Aiman dan berkawan dengannya.

8. Amirulnizam semakin sibuk dengan persiapan aktiviti untuk acara sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim dan program Berkampung Bersama Puisi yang akan dilancarkan tidak lama lagi.  Tahap kesihatannya semakin merosot dan bergantung kepada ubat untuk mengurangkan kesakitan.  Petang itu Ai Ling datang ke rumah Amirulnizam.  Dia bertanyakan helaian kertas kajang yang ditulis oleh Amirulnizam.  Amirulnizam berjanji akan menjadikan Ai Ling orang pertama yang membaca hasil tulisan itu apabila siap nanti.  Bagi Amirulnizam, Ai Ling merupakan orang yang menjadikan hidupnya yang kesepian menjadi lebih bermakna.  Ai Ling bertanyakan keadaan Amirulnizam yang kelihatan pucat dan kurus. Namun dia menjelaskan bahawa dia penat dan banyak kerja.  Ai Ling juga turut bertanya tentang Aiman yang menyebabkan Amirulnizam sukar untuk menjawabnya.

9. Dua hari sebelum majlis pelancaran Malam Sekampung Puisi dilangsungkan, segala persiapan majlis itu berjalan dengan rancak. Amirulnizam menggunakan masanya hingga larut malam untuk menyiapkan puisi yang akan dideklamasikannya dan sempat menaip dan menyimpan manuskripnya.  Sakit kepalanya semakin kerap menyerang.  Pada malam itu dia rasa aneh kerana kerinduan terhadap Aiman begitu kuat .  Dia hanya mampu menatap gambar anaknya sambil menangis teresak-esak.

.

Advertisement
This entry was posted in Bahasa Melayu. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s