Sinopsis Bab 4, 5 dan 6 (Komsas Tingkatan 5)

Novel Silir Diksina : Sinopsis Bab 4, 5 dan 6 (Komsas Tingkatan 5) 

Bab 4 :

Setelah habis membaca naskhah manuskrip yang ditulis oleh ayahnya, Haiqal berasa terharu dan menitiskan air mata. Malam itu Haiqal pergi berjumpa dengan Ratna. Dia meluahkan rasa bahawa cerita yang terdapat dalam manuskrip itu seolah-olah cerita tentang ayahnya. Haiqal sentiasa berjumpa dengan Ratna untuk meluahkan masalah yang dihadapinya. Dia juga sentiasa mengusik-usik Ratna dengan kata-kata dan bahasanya.

Bab 5 :

Manuskrip yang diterima oleh Haiqal itu telah menimbulkan kerinduan dan pelbagai persoalan kepadanya. Haiqal begitu kagum dengan ayahnya. Dia terkilan tidak dapat hidup lama dengan ayahnya kerana terpaksa memenuhi kehendak ibunya menguruskan perniagaan butik dan kilang batik. Dia teringat lagi sewaktu dia tidak dapat menziarahi ayahnya yang meninggal dunia tujuh tahun yang lalu kerana terpaksa menduduki peperiksaan UPSR.

Bab 6 :

Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman ayahnya walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan menyokong keputusannya secara dam-diam.

.

This entry was posted in Bahasa Melayu. Bookmark the permalink.

Leave a comment