Sinopsis Bab 10, 11, 12 (Novel Tingkatan 1)

Novel Sejambak Bakti : Sinopsis Bab 10, 11, 12 (Novel Tingkatan 1)

Sinopsis Bab 10

Kisah kelemahan disiplin Munir diketahui oleh Cikgu Zulkifli dan ahli lembaga pengarah yang lain. Cikgu Zulkifli khuatir tentang keadaan yang akan berlaku jika hal ini berterusan. Dia berbincang dengan guru kaunseling atau guru kerjaya sekolah itu, Cikgu Muniam supaya menyiasat dan membimbing Munir. Suatu hari, Munir dipanggil oleh Cikgu Muniam ke bilik kerjaya. Cikgu Muniam dan Cikgu Zulkifli bersama-sama menunggu Munir di bilik tersebut. Cikgu Muniam menerangkan kepada Munir tentang masalah disiplinnya dan memberikan nasihat.

Munir bertanya kepada mereka tentang orang yang melaporkan masalah disiplinnya namun mereka tidak mahu menjawabnya. Mereka meminta Munir supaya berjanji agar tidak melakukan kesalahan yang sama. Munir akur dan berjanji tidak akan melakukannya lagi.

Sinopsis Bab 11

Munir berasa sangat geram kerana dia merasakan bahawa Razali melaporkan tentang dirinya kepada guru-guru. Munir juga berasa kecewa kerana dia meminati Ramlah tetapi Ramlah sentiasa bersama dengan Razali, Leong, dan Silvam juga berasa begitu. Bagi mereka, kerana Razalilah mereka tidak dapat berhubung dengan Swee Lan dan Saridevi. Kemudian, mereka bertiga bertekad untuk mengajar Razali cukup-cukup.

Mereka bertiga menunggu Razali di jalan yang selalu dilalui oleh Razali untuk pulang ke rumahnya. Apabila Razali tiba, mereka berrtindak menyindir Razali serta memukul Razali sehingag Razali tersungkur dan mukanya berdarah. Setelah mereka meninggalkan tempat itu, Ramlah, Rozita, dan Saridevi datang. Mereka terkejut melihat keadaan Razali. Razali menerangkan bahawa Munir, Silvam, dan Leong yang membelasahnya. Razali memohon kepada mereka supaya tidak melaporkan hal ini kepada Cikgu Zulkifli. Razali tidak mahu Munir dan kawan-kawannya berdendam. Razali juga tidak mahu hal ini diketahui oleh ayah tirinya.

Sinopsis Bab 12

Ketika Razali tiba di rumahnya, dia disambut oleh ibunya, Mak Sopiah. Mak Sopiah terkejut melihat keadaan anaknya. Razali menceritakan perkara tersebut kepada ibunya. Kemudian, dia beredar dari situ apabila ayah tirinya, Pak Zakaria muncul. Mak Sopiah menerangkan keadaan Razali. Namun begitu, Pak Zakaria terus menyalahkan Razali sebagai anak yang sombong sehingga bergaduh dengan orang lain. Mak Sopiah mempertahankan anaknya daripada cemuhan suaminya itu.

Pada petang itu, setelah makan, Razali ke pondok yang terletak si sawah itu. Dia kecewa akan layanan ayah tirinya. Semasa mak Sopiah menghantar bengkang ubi kayu untuk Razali di pondok di tengah sawah itu, Razali bertanya tentang ayah kandungnya kepada Mak Sopiah. Mak Sopiah masih enggan menjawab soalan itu dan memohon agar Razali berhenti bertanya tentang ayah kandungnya itu kerana hal itu merupakan memori hitam buatnya.

.

Advertisement
This entry was posted in Bahasa Melayu. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s