Sinopsis Bab 13, 14, 15 (Novel Tingkatan 1)

Novel Sejambak Bakti : Sinopsis Bab 13, 14, 15 (Novel Tingkatan 1)

Sinopsis Bab 13

Keesokan harinya, Razali, Munir, Silvam, dan Leong diminta ke bilik Pengetua kerana terdapat aduan bahawa mereka telah memukul Razali. Setelah Cikgu Zulkifli mendesak mereka supaya mengakui kesalahan mereka. Munir mengaku bahawa mereka telah bergaduh dengan Razali kerana menyangka bahawa Razali yang melaporkan tentang salah laku disiplinnya kepada Cikgu Muniam. Razali menafikan tentang tuduhan tersebut dan Cikgu Zulkifli juga menafikan kerana yang melaporkan tentang Munir ialah guru-guru dan pengawas sekolah. Setelah mereka didapati bersalah, Cikgu Syamsudin menghukum mereka dengan hukuman rotan.

Sinopsis Bab 14

Sebuah van yang tertulis KOPERASI NASIONAL SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA berhenti di halaman kedai koperasi. Pekerjanya menurunkan buku-buku rampaian lalu membawanya ke kedai koperasi. Ahli-ahli lembaga pengarah menjalankan tugas mereka mengikut sistem perniagaan sebenarnya.

Cikgu Zulkifli mengumumkan bahawa Razali terpilih sebagai wakil untuk mengikuti kursus koperasi bersama-sama wakil koperasi-koperasi sekolah seluruh Malaysia. Ahli-ahli lembaga pengarah yang lain tumpang gembira. Pada suatu petang, mereka menghantar Razali menaiki bas di perhentian bas Kuala Kangar untuk menghadiri kursus koperasi di Petaling Jaya.

Pemergian Razali itu menggembirakan ibunya, Mak Sopiah. Pada masa yang sama, ibunya turut bimbang akan keselamatannya. Ibunya menasihatinya tidak mudah lupa diri apabila berjaya. Cikgu Razali turut menasihatinya supaya pandai menyesuaikan diri di tempat orang. Rakan-rakan yang lain turut memberikan pesanan yang berguna buat Razali.

Sinopsis Bab 15

Pagi 24 Julai, Razali bersama-sama dengan peserta kursus seluruh koperasi sekolah Malaysia memasuki bilik kursus di Maktab Kerjasama, Petaling Jaya. Dia diberi taklimat tentang tujuan kursus ini diadakan dan penjelasan tentang koperasi. Mereka juga dapat melawat koperasi-koperasi yang berada di Kuala Lumpur seperti bangunan Koperasi Polis, Koperasi Guru, dan Koperasi Bekas Perajurit.

Mereka juga berpeluang untuk melawat ke tempat-tempat yang popular di Kuala Lumpur seperti Bangunan Daya Bumi, Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Bangunan Tabung Haji, dan Muzium Negara. Razali dan seluruh peserta amat terhutang budi kepada Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia kerana memilih mereka untuk menghadiri kursus tersebut.

.

Advertisement
This entry was posted in Bahasa Melayu. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s