Contoh Ayat bagi Perkataan Hampir Sama Bunyi

Contoh Ayat bagi Perkataan Hampir Sama Bunyi :

1. hemat – Pada hemat saya, mesyuarat hari ini amat perlu ditangguhkan dahulu.
….hemah – pelajar itu memiliki hemah yang terpuji.

2. kerangka – Kerangka bangunan itu hampir siap dibina dengan menggunakan kayu.
….rangka – Mereka menemui rangka manusia di tepi sungai itu.

3. perap – “Jangan perap daging ayam itu terlalu lama”, kata ibu kepadaku.
….perah – “Tolong perah kain basah itu sebelum dijemur”, kata emak kepada kakak.

4. melarik – Saya melarik buluh itu dengan pisau supaya licin dan kemas.
….melirik – Gadis itu melirik sambil tersenyum kepada Encik Santosh.

5. mentaksir – Pegawai itu mentaksir pendapatannya pada setiap tahun.
….mentafsir – Saya cuba mentafsir kata-kata yang diucapkan kepada saya tadi.

6. menjurus – Soalan itu menjurus pada soalan bentuk pilihan.
….menjirus – Hayati menjirus badannya dengan air untuk menghilangkan panas.

7. mengubah – Lin Cheng Heng mengubah meja itu ke belakang kelas.
….menggubah – Ajila Ajijul menggubah lagu untuk ibunya yang tersayang.

8. menghembuskan – Yow Weng Fei menghembuskan nafas terakhirnya petang semalam.
….menghemburkan – Pemuda itu menghemburkan kata-kata kesat kepada pemandu bas.

9. menatap – Hamreesh menatap muka gurunya yang bengis itu.
….meratap – Jibon meratap dengan sedih apabila bapanya meninggal dunia.

10. meraung – Hak Le meraung kesakitan apabila kakinya tersepak batu.
……melaung – Mathew melaung dengan kuat sambil memanggil nama Jibon.

This entry was posted in Tatabahasa. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s